Objek lingkaran Kuiper Lingkaran_Kuiper

Jumpaan setakat ini

Lebih 800 objek lingkaran Kuiper atau ( Kuiper belt objects - KBOs) (subset dari objek trans-Neptunian (TNOs)) telah dijumpai di lingkaran itu, hampir kesemua mereka semenjak 1999. Terbesar adalah Pluto dan bulan Charon, tetapi semenjak tahun 2000 objek besar yang berasaiz hampai sama telah dikenal pasti. Pengiraan awal menunjukkan bahawa objek sateroid Sedna mungkin lebih besar daripada Charon. Bagaimanapun, walaupun sesetengah pakar astronomi mendakwa bahawa Sedna merupakan sebahagian dari lingkaran Kuiper dan had luaran lingkaran perlu diteliti kembali, kebanyakannya menyatakan bahawa Sedna terlalu jauh dari lingkaran Kuiper dan mungkin merupakan objek awan Oort dalam. Quaoar, dijumpai pada tahun 2002, adalah separuh saiz Pluto dan lebih besar dari asteriod terbesar 1 Ceres. Objek lain KBO yang dikenali bersaiz lebih kecil. Pengkelasan tepat objek ini tidak jelas kerana mereka mungkin agak berlainan dengan asteroid dalam sistem suria.

Trajektori Orbit

KBOs menurut takrifan terkini terhad pada 30-50 AU daripada matahari.

Sesetengah KBO juga bergerak berkala kedalam orbit Neptun terdapat dalam 1:2, 2:3 (plutino), 2:5, 3:4, 3:5, 4:5, atau 4:7 resonan orbit dengan Neptun. Cubewano membentuk kawasan pusat, dan objek cakera terserak (scattered disk object) (SDOs) dijumpai di kawasan luar lingkaran.

Lingkaran ini tidak sepatutnya bertukar dengan awan Oort, yang tidak terhad pada satah sistem suria dan lebih jauh.

Kandungan dan saiz

Kebanyakan KBOs merupakan ketulan ais dengan sedikit bahan mengandungi karbon (organik) seperti tholin, di kesan dengan menggunakan spektroskopi. Ia mempunyai kandungan seurpa dengan komet dan ramai pakar astronomi percaya mereka hanyalah komet. Perbezaan antara komet dan asteroid tidak jelas dan terdapat ketidakpastian, bagi objek seperti 2060 Chiron.

Ia sukar menganggarkan diameter KBOs. Untuk objek dengan orbit asas yang terkenal (seperti, Pluto dan Charon), diameter boleh diukur dengan tepat melalui ( occultation ) bintang.

Untuk objek besar KBO yang lain, diameter boleh dianggar melalui ukuran infra. Jika objek mempunyai albedo tinggi, ia sejuk, dan dengan itu tidak menghasilkan banyak radiasi jasad hitam dalam infra. Begitu juga, objek dengan albedo rendah menghasilkan lebih infra. KBOs amat jauh daripada matahari sehinggakan mereka amat sejuk, dengan itu menghasilkan radiasi jasad hitam sekitar gelombang 60 micrometer. Jarak gelombang cahaya ini mustahil dilihat dari permukaan bumi: oleh itu pakar astronomi memantau ekor radiasi jasad hitam dalam infra jauh. Radiasi infra jauh begitu malap sehinggakan kaedah suhu hanya boleh digunakan bagi objek KBO terbesar. Diameter objek lebih kecil dijangkakan oleh albedo tekaan: diameter objek sebegitu perlu dianggap jangkaan kasar.

Jumpaan terbesar

KBO terbesar dikenal pasti, dengan teknologi ukuran diameter:

NomborNamaDiameter equatorial
(km)
Jarak purata
daripada matahari
(in AU)
Tarikh dijumpaiDijumpaiKaedah diameter
Pluto232039.41930Clyde Tombaughoccultation
2004 DW~1600452004Mike Brown, Chad Trujillo, David Rabinowitzalbedo anggaran
Charon127039.41978James Christyoccultation
50000Quaoar1200±20043.252002Chad Trujillo & Mike Brownsuhu
20000Varuna1060±20043.232000Robert S. McMillansuhu
28978Ixion1055±16539.392001Ecliptic Surveysuhu
556362002 TX300~96543.192002NEATalbedo anggaran
556372002 UX25~91042.712002Spacewatchalbedo anggaran
555652002 AW197890±12047.522002Palomar Observatorysuhu